salam Maal Hijrah..
bersempena dengannya.. aku nak kongsi 1 short story yang tah katne tah aku bace...
tapi really meaningfull...untuk jadi peringatan bagi kita semua... insyAllah...
aku x ingat bila... tapi aku ingat gile sampai skang...
kat 1 tadika ni... adela sorang cikgu ngan murid2 dy plan nak wat aktiviti..
cikgu kata.. " esok saya nak semua orang bawak buah pisang"
murid tanya ... "nape cikgu??"
Cikgu ... " buah pisang 2 melambangkan orang yang kamu benci... untuk seorang kawan yang kamu benci, kamu bawa sebiji pisang, kamu tulis nama dia dekat buah pisang 2.."
murid.. "kalau 10 orang kita benci...kene bawak 10 bijik pisang lah ea cikgu??"
cikgu... "betul.. tapi syaratnya, kamu semua x dibenarkan untuk keluarkan pisang 2 dari beg kamu... sape paling lama boleh bawa pisang dalam beg.. dia menang..."
murid " ok cikgu... saya nak bawak banyak2la pisang esok..."
kesokkan harinya, memang betul... dalam 1 kelas... semua masing2 bawak buah pisang... banyak... sampai penuh 1 beg ngan buah pisang je....
da 2 3 hari.. lama2 pisang makin busuk.... busuk... busuk....
murid... "cikgu, pisang da busuk... boleh x nak buang... x tahan la nak bawak benda busuk ni hari2.... "
cikgu..." tak boleh....selagi kamu benci orang yang kamu anggap macam buah pisang 2, saya x benarkan kamu buang buah pisang 2...."
murid.. "tapi da busuk... x suka la cikgu..."
cikgu pun kata.... " bila kita membenci orang.. pada mulanya... memang la macam buah pisang 2... nampak elok je.... tapi bila da lama2... ia akan membusuk... sama juga macam hati kita... bila kita membenci orang... ia akan jadi busuk... menggelapkan hati kita.... nak ke lama2 hati kita jadi busuk disebabkan perasaan benci 2... lebih baik... kita belajar memaafkan... agar hati kita lebih tenang.. cikgu akan bagi awak semua, buang buah pisang 2.. bila awak da maafkan orang yang awak benci... faham x maksud cikgu... "
moral of the story : sebenarnya, bila kita membenci orang.. kita dah menyakitkan hati kita sendiri... sebab kita menggelapkan hati kita.... bila kita membenci orang... sebenarnya... kita membenci diri sendiri... kerana kita x menyayangi dan menjaga hati kita dari kekotoran....
dulu... aku memang benci.. sampai berdendam azali lagi pada orang yang menyakitkan aku.. tapi sampai bila... kerana aku sendiri yang sakit bila begitu... muhasabah diriku..tidak bermakna aku memaafkan... tetapi aku belajar untuk tidak membenci lagi....proses seterusnya.. hanya tuhan yang tahu... bila hati yang terluka ini akan memaafkan...
muhasabah diri... untuk awal muharam... dan seterusnya... wasalam...
No comments:
Post a Comment